Lady Bug Note Generators

(: Bunga VS Kumbang Saye :)

Thursday, August 11, 2011

SEKADAR RENUNGAN ' YA RAMADHAN'

Assalamualaikum :)


pejam celik..pejam celik arini da masuk 11 Ramadhan kan uols. Wahh betape cepatnya masa berjalan. Baru aritu isnin..tuptaptuptap da sampai kamiz dah..then jumaat..pastu dah weekend plak kan. :)


Ekceli pd entry ni, aii ade nak share somthing ngan kwn2 yg sudi jengah blog aii ni.TQ wat yg sudi dtg dan luangkan masa yekk.nt raye ceq bg angpaw..huihui..tp kena dtg umah laa..hehe ^..^
Yang sebenarnya petang kemarin, aii sempat denga sorang ustaz ni bg tazkirah, so aii igt nk share ngan uols agar kita sama2 dapat manfaat daripadanya.


WAKTU YG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Waktu yg paling mustajab untuk berdoa di bulan Ramadhan ni adalah pada waktu BERBUKA. aii pun sblom ni x penah tawu pun. so bile dh taw ni rase teruja plak nk share ngan kwn2. bile tyme berbuka aje, mesti kita cepat2 menadah tangan nk baca *doa bukak pose* Allah humma kasumtu..sedangkan pada waktu tersebut ALLAH telah menjanjikan dan mengangkat segala hijab kepada kita umat nabi Muhammad SAW  dan  akan memakbulkan doa. Kita juga disarankan berdoalah dengan hati kerana ia lebih baik berbanding lisan. Pada masa tu berdoalah apa saja, doakan diri kita agar dijadikan hamba yang sentiasa bersyukur atas kurnianya, doakan anak2 agar dilembutkan hatinya, doakan kesihatan org ibubapa, doakan keberkatan rezeki, usia atau apa saje yg kita kehendaki. Diceritakan juga, Nabi Musa merasakan dirinya amat dekat dengan ALLAH sedangkan hijabnya dengan ALLAH adalah sebanyak 70 ribu hijab. Sedangkan bagi kita umat Muhammad, tiada hijab LANGSUNG dengan ALLAH swt sewaktu berbuka puasa, betapa istimewanya kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w kann?


“Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka”. 


Antara nikmat2 yg dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad adalah;

1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.


2. Ikan-ikan di laut akan beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


3. Setiap hari Allah s.a.w. akan menghiaskan syurga-Nya dan berkata ” Telah hampir masanya hamba-hamba- Ku yang soleh akan dilepaskan dari beban-beban dan mereka akan datang kepadamu.”


4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.


5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan. Ditanyakan kepada Rasulullah ‘ Adakah ia Lailatul-Qadr? ‘. Baginda menjawab ‘ Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya.’


‘ Apabila seseorang itu melakukan satu-satu dosa maka setitik hitam akan melekat dihatinya. Jika dia benar-benar bertaubat maka titik itu akan hilang. Jika tidak, ia akan terus kekal. Apabila dia melakukan dosa untuk kali yang kedua maka titik kedua akan melekat dan seterusnya sehingga seluruh hatinya akan menjadi hitam. Kemudian perbuatan yang baik tidak lagi akan masuk ke dalam hatinya.’

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan.

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.
(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.



"Moga-moga Ramadhan kali ini penuh makna, kesedaran dan pengertian bagi kita agar kita dapat memperbaiki diri dan meningkatkan amalan. Dan moga-moga Allah mengampuni, menerima amalan kita dan membantu kita untuk sentiasa mendidik jiwa kita :)








2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian ini...incya-Allah memberi manfaat bersama.. ayie pon bru thu..

    ReplyDelete
  2. yer same2 ayie..semoga ilmu ni dpt dimanfaatkan bersama :)

    ReplyDelete